PEMERGIANMU,SAHABAT......

LUAHANKU UNTUKMU, TEMAN…….

Innalillahiwainnalillahirroji’un……Al-Fatihah untuk arwah Muzakir Nur Syafiq Mesni yang telah kembali ke rahmatullah pada 11/06/2010 selepas waktu solat jumaat…..

Mungkin dia bukanlah sahabatku yang paling akrab….mungkin dia juga bukan sahabat aku yang paling dekat dengan aku tapi dia merupakan sahabat yang apabila kau dekatinya…kau akan merasa selesa…tenang untuk berbicara…rasa lapang untuk bercerita….dan paling penting,dia seorang sahabat yang mampu membuatkan kau sedar hidup ini Cuma sementara…

Aku masih ingat sewaktu zaman sekolah menengahku…selepas solat maghrib,dia akan ke hadapan dan memberi tazkirah yang berguna untuk adik2 dan para sohabi…tutur katanya yang berkeyakinan menyebarkan dakwah…lafaznya yang penuh pendekatan dalam hati tetapi pada masa yang sama ada ketegasannya sendiri..membuatkan aku sebagai salah seorang sahabatnya seperti mendapat cahaya yang bukan senang kau dapati dari orang lain….dan setiap penghujung tazkirahnya,dia akan mengakhiri dengan “SELAMAT BERAMAL”.Ya Allah…..terasa bagaikan hati rindu kembali untuk mendengar lafaz ini darinya sekarang….kuatkan hati hambaMu ini,Ya Tuhan…

Seperti yang aku kenal,arwah ni dahulu seorang yang petah berbicara…bayangkan dalam pertandingan syarahan,setiap hujah2 yang di luahkan di tambah dengan pergerakannya yang penuh dengan berkeyakinan tidak dapat menyangkal yang dia mampu untuk memegang gelaran juara dalam pertandingan tersebut…walaupun aku sebagai sahabatnya sahaja.akan tetapi aku tetap berbangga dengan pencapaiannya…

Mungkin perkara dahulu hanya mampu di sandarkan sebagai kenangan….aku sebagai sahabatnya ini sentiasa mendoakan kau supaya di tempatkan tempat orang yang soleh dan beriman sepertimana yang Allah janjikan untuk hamba2Nya….kerna aku yakin pada janjiMu,ya Muhaimin…Engkau Maha Mengetahui dan Maha Adil terhadap semua yang hambaMu lakukan…dan aku merasakan sahabatku ini seorang hamba yang Engkau sayangi kerana Engkau mengambil nyawanya lebih awal Engkau mengambil nyawaku...

NUKILANKU:AKU TELAH KEHILANGAN AYAH YANG PALING AKU SAYANGI….KEHILANGAN SAHABAT YANG AKU SANJUNGI ….DAN AKU TIDAK MAHU KEHILANGAN PEDOMAN DARI MENERUSKAN KEHIDUPANKU INI SELEPAS SEMUA INI BERLAKU….YAKINU BILLAH WA LINAFSIH….INGAT….KITA YANG HIDUP PERLU TERUSKAN KEHIDUPAN INI DENGAN SEBAIK MUNGKIN…BUKAN UNTUK MENJADIKAN DIRI KITA SEMPURNA TETAPI BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN ATAU MENDAPATKAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK MENGIKUT LANDASAN ALLAH S.W.T..BUKAN MENCUBA TETAPI BERUSAHA KE ARAH ITU….

Comments