KELEBIHAN BULAN REJAB


PENTAKRIFAN REJAB

Bulan REJAB adalah bulan ketujuh daripada tahun Qamariah. Dinamakan REJAB kerana bulan ini sangat dimuliakan pada Zaman Jahiliyah. Dari segi bahasa, REJAB membawa maksud kebesaran, keagungan dan kemuliaan. Tiga huruf ejaan REJAB pula dapat di kaitkan dengan 3 pengertian iaitu :

1- Huruf (ر) adalah رحمة yang bererti RAHMAT (sifat kasihan belas) Allah SWT ke atas umat Nabi Muhammad SAW kerana telah menerima permintaan Baginda SAW agar dikurangkan jumlah solat fardhu daripada 50 kali kepada 5 kali sahaja.

2- Huruf (ج) adalah جودة yang bererti betapa pemurahnya Allah SWT yang telah memberikan pahala untuk 5 kali solat setiap hari bersamaan pahala 50 kali solat.

3- Huruf (ب) adalah بر yang bererti kebaikan dan kebajikan yang di lakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

KELEBIHAN BULAN REJAB

1- Malam awal REJAB adalahdi antara malam yang dimustajabkan doa oleh Allah SWT.

2- Orang yang memuliakan bulan REJAB akan dimuliakan Allah SWT pada Hari Kiamat.

3- Bulan REJAB adalah bulan Allah SWT, manakala bulan Sya'ban adalah bulan Nabi SAW
dan bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam.

4- Beristighfar kepada Allah SWT sebanyak 70 kali atau 100 kali pada waktu pagi dan petang dalam bulan REJAB akan diharamkan tubuhnya daripada api Neraka.

5- Puasa sehari pada bulan REJAB seperti mengerjakan ibadat seumur hidup dan berpuasa pada 27 REJAB seperti berpuasa 60 hari pahalanya. Jika disertakan dengan sedekah pula, pahalanya seperti berpuasa 1000 tahun.

6- Barangsiapa yang melapangkan seseorang Mukmin daripada kesusahan pada bulan REJAB akan dikurniakan mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus.

7- Sesiapa yang menghidupkan malam pertama pada bulan REJAB untuk melakukan ibadah nescaya hatinya tidak mati ketika hati orang lain mati.Allah SWT melimpahkan kebaikan yang banyak dari arah kepalanya bahkan dibersihkan daripada dosa seumpama ia dilahirkan dan dia boleh memberi syafaat kepada 70 000 orang yang berdosa yang sepatutnya ke dalam Neraka oleh Allah SWT.

8- Berpuasa 1 hari dalam bulan ini akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT,
berpuasa 2 hari akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT,
berpuasa 3 hari akan diselamatkan daripada bahaya dunia dan akhirat serta selamat daripada
penyakit gila dan fitnah syaitan dan Dajjal,
berpuasa 7 hari ditutup pintu Neraka,
berpuasa 8 hari akan dibuka lapan pintu Syurga,
berpuasa 10 hari akan makbul permintaannya,
berpuasa 15 hari Allah SWT akan memadamkan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan dan
orang yang berpuasa sebulan di bulan REJAB wajib baginya pengampunan dosa yang lalu, dipeliharakan umurnya berbaki yang berbaki oleh Allah SWT dan terlepas daripada dahaga pada Hari Kiamat.

9- Siapa yang bersedekah pada bulan REJAB akan dituliskan bagi setiap helaian bulu romanya 1000 kebajikan dan diangkat 1000 darjat serta dihapuskan 1000 kejahatan.
Wallahua'lam...

Comments